Assalamualaikum.
Bismillahirrahmanirrahim.
Ingin sekali saya berkongsi cerita saya bersama pembaca. Cerita tentang pengalaman sepanjang perjalanan menuntut ilmu ini. Sejak dari kecil, saya bercita-cita ingin menjadi seorang doktor falsafah. Tidak pernah terduga cabaran yang akan saya hadapi. Sekejap di atas, sekejap di bawah.
Mulanya, saya tidak mahu menulis pengalaman-pengalaman saya. Ah, buat apa kan.. Siapa yang mahu membaca cerita saya? Lama-kelamaan, satu persatu cabaran yang muncul terasa berat. Rasa tidak lepas sesak di dada jika sekadar berbual dengan suami. Maka, saya menulis juga kerana hati dan jiwa saya terluka. Saya menulis untuk melepaskan perasaan. Saya ingin merawat jiwa saya yang terluka sesekali sekali bersama iringan doa kepada Allah SWT yang Maha Esa. Biarpun kebanyakan hanya seperti curahan hati.
Ingin sekali saya menjadi seperti Hamka. Memujuk jiwa-jiwa luka dengan kata-kata dalam buku. Penulisan sebagai wadah menyebarkan ilmu. Pengalaman ini mendewasakan dan mematangkan pemikiran saya. Semoga juga menjadi panduan anda juga. Semoga anda yang sedang melalui jalan yang sama seperti saya, ada ruang untuk mengubati. Kita sama mendaki ke puncak tertinggi.
0 comments:
Post a Comment